Kamis, 20 Juni 2013

KETIKA YESUS DAN AKU MEMELUK BUMI

Ku penuhi pagi itu dengan puji-pujian kepada Tuhan. Betapa agungnya Engkau Tuhan. Segala bumi dan ciptaannya. Engkau menjadikan segalanya indah. Gunung-gunung yang berbalam-balam dengan coretan warna yang sungguh indah... hijau pudar dan terang. Sungguh indah adanya. Dedaun hijau pada pepohon semuanya indah ketika cahaya pagi menyinari atasnya.

Demikian jiwaku memuji-muji ciptaan Tuhan. Ohhh segalanya indah. Kemudian aku menangis mengenangkan segala dosaku pada semua orang dan pada diriku sendiri. Oh Tuhan ampunilah aku. Aku tenggelam dalam kesedihan kerana dosa-dosaku. Maluku pada Tuhan tak tertanggungkan lagi. Ohh Yesuskemana ku sembunyikan wajahku dariMU???.

Seketika aku berdiri di galaksi alam. Aku melihat diriku dan Kekasihku Yesus adalah SATU. Dia dan aku adalah satu. Dia dan aku berdiri melihat galaksi alam dan memandang bumi yang hanya sebesar bola. Dia dan aku memeluk bumi dengan penuh rasa RINDU yang berbaur. Segala rasa rindu Tuhan mengalir melitupi bumi dalam bentuk CAHAYA YANG KELUAR DARI DADANYA. Ketika Dia memeluk bumi, Dia merindukan semua ciptaanNYA dari yang terkecil sehinggalah yang terbesar. RINDU YANG MEMBARA DAN KASIH YANG TAKTERUNGKAPKAN. Dengan mataNYA yang tertutup, Dia memeluk bumi...sungguh-sungguh dengan kasih. Ketika itu DIA TIDAK MENGINGATI SETITIKPUN DOSA-DOSA DUNIA.YANG ADA HANYALAH KASIHYANG MELIMPAH DALAM BENTUK CAHAYA...MENGALIR DARI DADANYA.

Aku tersedar dari penglihatanitu dan aku berfikir-fikir apakah itu benar? Namun selanjutnya Roh Kudus menguatkan kepercayaanku bahawa TUHAN MENGASIHI BUMI TANPA BATAS. Maka benarlah kalau dikatakan bahawa Tuhan itu panjang sabar. Mana mungkin Dia menghapuskan segala ciptaanNYAyang DIAcipta dengan penuh kasih???

Jiwaku tersungkur di hadapan kaki SALIB YESUS. Ohhh Yesusku ampunilah aku. Akulah yang menyalibkan Engkau setiapsaat hidupku. Kiranya aku terus melukakan hatiMU... cabutlah nyawaku saat ini. Lebih baik daripada aku terus menghina dan menyalibkan Engkau!!!Jiwaku tak henti-hentinya berkeluh-kesah kepada Allah.

Ketika aku mencari wajahNYA, ku menemukan KasihNYA yang teragung. Wahai bumi marilah kita berpaling daripada segala kemungkaran kita. Andai kita turut merasakan KASIH YESUS terhadap bumi...kita pasti melihat bumi ini dengan pandangan mata yang baru dan segalanya begitu rugi untuk disia-siakan.

Terima kasih Tuhan kerana aku hidup.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar